السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
maksud Puasa
Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan, bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan bercakap.
Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).
maksud Ramadhan
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadhan bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.
Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”.Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya
sumber :- USTAZSHAUQI
pait nak share sikit doa2 yang wajib kita taw tok bulan yg penuh berkat nih . n again , happy fasting Muslim's
3 comments :
selamat berpuasa pait. :D
Assalamualaikum pait :)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
selamat berpuasa sahabat guwaaa!. :)
Post a Comment