hasil typewriting aku

July 24, 2012

Rahsia Disebalik Maskot Olimpik London 2012 '' Bermata Satu ''

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
semua sedia maklum dengan olimpik london kan ? dan banyak gambaq2 maybe iklan2 di tv . mcm iklan  http://bit.ly/ONkioS betoi dak ? tapi , adakah ianya sekadar iklan or gambaqq semata-mata ? kalo tengok semua gamaq ni sekali imbas memey xkan perasan . so , hangpa perati betoi2 nah !
lihat ---> SINI lebih lanjut
WENLOCK
  • banyak yg cakap kat kepala dya tuh just simbol teksi di newyork . tapi ramai yang was2 yg cakap seolah piramid dan eksesori yg dya pakai sperti pewatakan Firaun
  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
MANDEVILLE
  • devil = iblis / jin . berdasarkan kisah benar . Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali dan ditangannya terdapat sebiji telur. Lalu ia berkata: “Wahai Nabi Idris! Bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang sedang aku pegang?” Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata lelaki itu, tahulah ia bahawa yang berbicara dengannya itu adalah iblis.
    Lalu Nabi Idris berkata kepadanya: “Datanglah dekat aku dan tanyalah apa yang hendak kamu ketahui.” Setelah iblis menghampirinya maka Nabi Idris pun berkata: “Tuhanku boleh memasukkan dunia ini ke dalam apa saja, jangankan dalam telur yang kamu pengang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini ke dalam lubang jarum yang aku pegang.”
    Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh iblis itu, Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum yang ada di tangannya. Alangkah terperanjatnya iblis dengan tindakan yang tidak diduga sama sekali. Lalu iblis pun lari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan sebelah matanya. Iblis itu buta sebelah matanya sehingga tiba saat kebangkitan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
  • lihat di kepalanya , seolah2 seperti bentuk apa . dari surah Ar-Rahman ayat 15 yang beermaksud - '' Dia ( Allah ) menciptakan Jaan ( Jin ) dari nyalaan api ( api yang menyala-nyala atau Maarij )''
  • maksud Maarij -  nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
kesimpulanya ? persamaan antara kedua-dua maskot nih adalah bermata satu . Dikisahkan dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bercerita mengenai Dajjal kepada para sahabat dengan nada suara yang kadang-kadang ditinggikan dan kadang-kadang direndahkan, sehingga menyebabkan para sahabat merasa seperti mendengar bunyi sekumpulan lebah. Meneruskan cerita Baginda S.A.W.: "Sesungguhnya Dajjal itu adalah seorng pemuda yang berambut kerinting. Sebelah matanya buta, hampir menyamai Abdul Uzza bin Qattah. Sesiapa di kalangan kamu yang bertemu Dajjal, hendaklah membaca permulaan surah al-Kahfi. Sesungguhnya ia akan keluar dari suatu tempat yang sunyi antara Iraq dan Syam (Syria). Lalu ia merosakkan kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah, teguhkanlah pendirianmu!" Bertanya lagi para sahabat: "Wahai Rasulullah, berapa lama Dajjal berkeliaran di muka bumi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Empat puluh hari, ada hari yang sama dengan setahun, ada hari yang sama dengan sebulan, ada yang sama dengan seminggu, ada hari yang selebihnya sama dengan hari biasa."
anda lihat , anda perhati anda nilai sendiri .

. hope enjoi reading . gimme one LIKE . peace yaww .

2 comments :

yusuflaili(Goku) said...

rasa2nya kita dah nak ke akhir zaman!!.

Karya Hati said...

eh baru perasan lahhh..huuuu