السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sihat semua ? hmm . ada terjumpa satu video kat youtube dan ramai yang share di facebook mengenai bacaan solat dan maknanya . yang paling menarik lagi video tersebut dilakukan dalam animasi .
seperti mana yang admin sampaikan di entry yang lepas mengenai 38 Kesilapan Umum Sekitar Solat no 32 rujuk entry di SINI . kita boleh belajar basic dari 1st-last makna - makna bacaan dalam solat kita . In sha Allah . sikit - sikit kita boleh hafal punya . dan video nih pun memang menarik . jum kita sama - sma belajar dan hafal !
for more details
TAKBIR (Allahuakhbar )
Allah Maha Besar ( niat solat dalam hati )
DOA IFTITAH
1.Allah Maha Besar sebesar - sebesarnya .
2.Dan pujian - pujian bagi Allah sebanyak - banyaknya
3.Dan Maha Suci Allah siang dan malam
4.Kuhadapkan mukaku , kepada yang menjadikan langit dan bumi , aku cenderung lagi berserah kepada 5.Allah bukanlah aku dari golongan - golongan yang menyekutukan Alah .
6.Sesungguhnya sembahyangku , ibadatku , hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian alam .
7.Sekali - kali tidaklah aku menyekutukan-Nya .
8.Dan demikian aku tugaskan , dan aku adalah dari golongan orang - orang Muslim ( Islam )
DOA AL - FATIHAH
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
4. Yang menguasai hari pembalasan
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
7. (iaitu) orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).
RUKUK
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
BACAAN KETIKA IKTIDAL
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
BACAAN KETIKA SUJUD
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA 2 SUJUD
Rabbighfirli ( Tuhanku, ampuni aku )
Warhamni ( Sayangi aku )
Wajburnii ( Tutuplah aib-aibku )
Warfa'nii ( Angkatlah darjatku )
Warzuqnii ( Berilah aku rezeki )
Wahdinii ( Berilah aku petunjuk )
Wa'Aafinii ( Sihatkan aku )
Wa'fuannii ( Maafkan aku )
BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL
1.Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
2.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
3.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
4.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
5.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR
1.Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
2.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
3.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
4.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
5.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
6.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
7.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
8.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
1.Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
2.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
3.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
4.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
5.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
6.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
7.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan-Mu.
8.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
9.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
10.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
11.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
12.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat -sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
1 comment :
thanks for sharing :)
Post a Comment